KEBAIKAN LAMPU GARAM BUKIT
MENGAPA GARAM BUKIT HIMALAYA MAHAL
Rendaman kaki bersama air garam bukit himalaya sesuatu yang anda perlu buat! Tahukah anda rendaman kaki didalam air yang bercampur garam bukit himalaya memberi khasiat dan kebaikkan yang banyak. Garam bukit himalaya yang dikenali sebagai pink salt datang dari Pergunungan Himalaya di Pakistan dan terdapat lebih dari 80 mineral memang menarik perhati orang ramai untuk menggunanya dalam pelbagai cara. Garam bukit himalaya boleh digunakan sebagai terapi, masakkan, minuman, spray kecantikkan, mineral untuk haiwan ternakkan dan peliharaan dan sebagainya. Hebat bukan?
Mari kami kongsikan kebaikan rendam kaki di dalam air garam bukit himalaya:
- Melancarkan peredaran darah
- Melegakan sakit otot dan kekejangan
- Mengatasi masalah rekahan tumit kaki, berbeluh dan berbau
- Melegakan sakit sendi dan sengal tulang
- Mengurangkan toksin dalam badan
- Menyegarkan kaki dari kebas-kebas
- Mengurangkan kesakitan dari sakit gout, keletihan kaki setelah bersukan dan berjalan.
- Menenangkan dan melegakan kaki
Bagaimana cara buat air rendaman kaki air garam bukit?
- Gunakan air biasa atau air suam.
- Isikan air dalam baldi. Ukuran air separuh dari saiz baldi. (kalau suka air banyak boleh juga tambah ikut selsa dan suka anda)
- Tambahkan garam bukit himalaya sebanyak 3 genggam tangan dan masukkan ke dalam baldi yang berisi air. (lagi banyak air tambah lagi garam)
- Biarkan ia larut dengan sendiri atau anda boleh kacau-kacau garam bukit dan air agar lebih mudah larut.
- Rendam kaki selama 30 minit.
- Boleh amalkan rendaman kaki sebanyak 1-2 kali sehari.
- Selepas rendam kaki menggunakan air garam bukit, digalakkan buang air tersebut ke dalam lubang jamban. Hal ini kerana air sudah kotor dan kita tak mahu orang lain terkena air kotoran tersebut.
**Mahu lebih baik? Rendam kaki anda bersama air garam bukit yang bercampur ais! Hanya tambah ais ke dalam air garam bukit. Ais banyak dari air pun bagus!
** Boleh gunakan mana-mana tekstur garam bukit. Halus dan kasar.
Garam bukit pun ada yang berAROMA tau!