7 Cara Hilangkan Sakit Tekak dan Batuk Berkesan

Cara Meredakan Kesakitan dengan Terapi Tuam Sejuk atau Tuam Panas?
Bantal Garam SERI AISHAH: Penyelesaian Semulajadi untuk Sakit Leher Semasa Duduk Pejabat Berpanjangan
Cara Meredakan Kesakitan dengan Terapi Tuam Sejuk atau Tuam Panas?
Bantal Garam SERI AISHAH: Penyelesaian Semulajadi untuk Sakit Leher Semasa Duduk Pejabat Berpanjangan
Show all

7 Cara Hilangkan Sakit Tekak dan Batuk Berkesan

Sakit tekak dan batuk boleh menjadikan tekak kita berasa tidak selesa, mengganggu kehidupan seharian dan menyukarkan kita untuk tidur dengan lena pada waktu malam. Tambahan dengan cuaca yang tidak menentu dan panas hujan pun boleh menyebabkan sakit tekak.  Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ubat dan cara nak hilangkan sakit tekak bagi membantu meringankan gejala dan mempercepatkan pemulihan.

Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa petua hilangkan sakit tekak dan batuk dengan mudah untuk melegakan kesakitan anda. Cuba ya!

1. Kumur dengan air garam

Larutkan 1-2 sudu kecil garam bukit SERI AISHAH dalam secawan air suam dan kumur atau gargle. Luahkan semula. Kumur air garam membantu membunuh bakteria punca sakit tekak dan melegakan ia.

@pembekalgarambukit

Rawat batuk tanpa ubat. gunakan bahan semulajadi yanh lebih efekti. nanas kaya dengan vitamin C dan ada anti-inflammatory, anti-bakteria yang membantu lawan infection dan bunuh bakteria dalam badan kita yang menyebabkan batuk. Minum air nanas 5x lebih efektif dari ubat batuk tau. cuba sekarang tgh musim panas ni fuhh. pastikan minum air mencukupi. #garambukit #garamhimalaya #ubatbatuk #ubatbatukkahak #remedis #hilangbatuk #ubattradisional #nenas #nanas #garambukitoriginal

♬ original sound – langkasukai – langkasukai

2.Makan nanas

Nanas mengandungi enzim bromelain. Enzim bromelain ini dapat membantu mencairkan kahak serta mengurangkan batuk. malah setelah dijadi, ia 5x ganda lebih berksan dari ubat batuk! Pilih nenas yang tidak tajam, campurkan dengan garam hitam SERI AISHAH gabungan yang amat membantu mengurangkan sakit tekak dan melegakan batuk. Admin dah cuba tau!

3.Makanan dan minuman suam panas

Minum teh campur madu juga dapat mencairkan mukosa di kawasan tekak dan melagakan sakit tekak. Madu asli mempunyai anti-radang, anti-bakteria dan anti0virus yang membantu masalah sakit tekak dan batuk kering. Malah, kajian menunjukan petua ini lebih berkesan berbanding ubat modern yang mengandungi dextromethorphan.

Caranya mudah saja, campurkan madu asli dengan segelas air suam atau teh atau lemon. Amalkan minuman ni juga bantu detoks tubuh badan.

4.Makan yogurt asli

Yogurt bukan sahaja sedap, malah pencuci mulut yang kaya dengan khasiat antaranya mengandungi Lactobacillus, iaitu bakteria baik yang membantu sistem penghadaman dan mengatasi masalah batuk..

Tips ini sesuai untuk kanakpkanak berusia 6 bulan dan keatas.

5.Minum air kosong mencukupi

Kekal hidrasi. Minum banyak air boleh bantu legakan sakit tekak dan mencairkan kahak.

6.Lozeng tekak atau ubat batuk

Hisap lozeng tekak atau makan ubat batuk untuk cara lebih mudah boleh didapati di kedai berhampiran.

7.Banyakkan berehat

Sakit tekak dan batuk juga boleh menyebabkan kita rasa letih lesu seolah nak demam atau dedar. Dapatkan tidur mencukupi dan elakan paksa diri buat kerja. rehatkan tubuh badan untuk sistem imun anda melawan sebarang jangkitan.

Admin kalau sakit tekak dengan batuk, tidur memang booster yang bantu percepatkan menyembuhan, disamping amalkan tips-tips di atas.

Tertanya-tanya, bagaimana sakit tekak boleh terjadi?

Seperti didalam gambar diatas, adalah antara punca sakit tekak berlaku. Bagaimana pun, jika ia berlarutan boleh terus berjumpa dengan doktor.

Dapatkan Garam  Bukit SERI AISHAH disini

Black Salt Kala Namak Garam Bukit Hitam 120g

 

Sumber daripada:

Cara Hilangkan Sakit Tekak Dengan Berkesan, Cuba Salah Satu Daripada 9 Petua Orang Lama Ini!

https://hellodoktor.com/keadaan-telinga-hidung-tekak/tekak/cara-nak-hilangkan-sakit-tekak/

https://siraplimau.com/petua-hilangkan-sakit-tekak-2/

https://hellodoktor.com/keadaan-telinga-hidung-tekak/tekak/cara-hilangkan-sakit-tekak-yang-paling-berkesan/

https://hellodoktor.com/keadaan-telinga-hidung-tekak/tekak/hilangkan-sakit-tekak/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *