Garam bahaya untuk kucing?
PROMOSI HARI MERDEKA – Garam Bukit Borong (Jual semula, Doorgift, Buah tangan)
Gangguan pencernaan adalah satu keadaan yang berlaku akibat masalah dengan salah satu organ dalam sistem pencernaan. Sebelum ini, anda perlu tahu, sistem pencernaan manusia terdiri daripada mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar, dan dubur.
Semasa dalam proses penghadaman makanan, beberapa organ terlibat iaitu pankreas, hati, dan pundi hempedu. Walau bagaimanapun, organ ini tidak dilalui oleh makanan, mereka berada di luar saluran pencernaan.
Secara umumnya sistem penghadaman berfungsi untuk menerima dan mencerna makanan yang kemudiannya ditukarkan kepada nutrien untuk diserap oleh tubuh. Nutrien yang diserap kemudiannya akan diedarkan ke seluruh badan melalui aliran darah.
Selain itu, sistem penghadaman juga bertanggungjawab mengasingkan dan membuang bahagian makanan yang tidak diperlukan dan tidak boleh dihadam oleh badan. Gangguan pencernaan yang berlaku boleh menjadi sangat sukar dan tidak boleh diabaikan.
Terdapat banyak punca senak boleh berlaku. Bermula dari pemakanan yang salah, gaya hidup yang tidak sihat, sehinggalah tanda-tanda penyakit tertentu. Dalam gangguan pencernaan yang ringan, gejala yang muncul biasanya akan hilang dengan sendirinya atau selepas mengambil ubat.
Tanda-tanda masalah penghadaman
1. Sakit perut – seperti kembung, cirit-birit dan pedih ulu hati
2. Suka makan manis tinggi gula dan makanan proses – menyebabkan koloni bakteria baik dalam usus tidak seimbang dan meroakan dinding usus besar. Proses keradangan punca kanser.
3. Perubahan berat mendadak – sama ada turun atau berat naik. Sebab perut mengalami proses ketidak seimbangan penyeraoan nutrien, mengawal gula dalam darah dan menyimoan lemak.
4. Gangguan tidur – usus tak sihat menyebabkan hormon serotonin terganggu. Serotonin mempengaruhi mood, tidur. Mereka yang ada masalah usus boleh ada masalah insomia (susah tidur) dan kelesuan kronik.
5. Ekzema – proses keradangan yang berlaku dalam usus akibat pengambilan makanan tak seimbang atau alergi boleh menyebabkan protein tertentu masuk dalam aliran darah kemudian jd proses iritasi kulit yg membawa kepada ekzema.
Fuh, memang mencabar. Admin juga pernah mengalaminya.
Jadi kita tukar cara makan.
Antara cara utk kurangkan masalah pencernaan:
1. Ambil suppliment probiotik dan prebiotik. Boleh rujuk kat farmasi. Boleh juga makan yogurt, cheese dll.
2. Makan perlahanan, kunyah makanan smpai lumat supaya mudah proses.
3. Minum air secukupnya. 1 hari 2.5 liter
4. Tidur cukup dan kurangkan stress. Bijak kawal stress dengan mandian garam bukit seri aishah dapat kawal hormon serotonin.
5. Peka dgn perubahan perut. Seperti kembung, cirit birit, sembelit. Boleh kemam atau minim air garam hitam untuk bantu penghadaman dan beri mineral yang di perlukan utk usus kuat.
6. Jumpa doktor
Setiap badan lain rasanya, bila dh baca ada simptom² ni kt badan. Cepat² ambil langkah seperti diatas sebelum melarat.